Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang
Hubungi kami : 09 422 1311 | zakat4pengajian@muip.gov.my





Pengenalan
Permohonan Zakat
- Zakat4Pengajian

Zakat4Pengajian adalah merupakan satu inisiatif bagi memudahkan umat Islam negeri Pahang untuk memohon bantuan zakat dari Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang secara atas talian (On-Line). Zakat4Pengajian ini dapat menyediakan pelbagai jenis bentuk bantuan zakat untuk dimohon oleh pengguna serta lebih mudah untuk menyemak status permohonan yang dihantar.


Bagi pengguna-pengguna sedia ada e-Dermasiswa Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang, pendaftaran pengguna baharu adalah TIDAK PERLU dan boleh terus menggunakan sistem Zakat4Pengajian.

Antara bentuk bantuan yang dapat dibuat daripada Zakat4Pengajian adalah seperti Bantuan Dermasiswa Pelajaran IPT/Pondok, Tambang Belajar Pergi/Balik, Saguhati Penghafaz Al-Quran dan Bantuan Awal Ke IPT.

Bagi pengguna baharu, sila lihat Panduan Penggunaan Zakat4Pengajian.
[ Sila Klik Di sini ]

Pentadbir Sistem Zakat4Pengajian Negeri Pahang
Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang

NOTIS PEMAKLUMAN

14

Mac

2017

Makluman Kadar Baharu RM 500 (DERMASISWA)

Kadar bayaran RM500 yang dikreditkan ke akaun penerima Bantuan Dermasiswa Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang adalah kadar BAHARU yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa DERMASISWA Bil. 1/2017.

01

Januari

2017

Zakat4Pengajian Bagi Empat Bantuan

Zakat4Pengajian menyediakan kemudahan permohonan secara atas talian iaitu Bantuan Dermasiswa Pelajaran IPT/Pondok, Bantuan Awal Ke IPT, Bantuan Saguhati Hafazan Al-Quran dan Bantuan Tambang Belajar Luar Negara.

Hubungi Kami

Bahagian Agihan Zakat

Alamat: Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang, Kompleks Islam Sultan Haji Ahmad Shah, 26600 Pekan, Pahang

Negara: Malaysia

E-mail: zakat4pengajian@muip.gov.my


Like Kami Di Media Sosial

muipinfo

Tel. : 09 - 422 1311

Dermasiswa Pelajaran/Tambang
ext. 1011
Belajar/Bantuan Awal Ke IPT
ext. 1023
 
ext. 1002
 
 
Saguhati Hafazan Al-Quran
ext. 1042